Bersedekah itu sangat penting untuk meneruskan eko-sistem yang baik bagi mereka yang memerlukan. Setiap manusia diwajibkan untuk membantu mereka yang memerlukan atas dasar kemanusiaan. Jadi kali ini, untuk pertama kalinya Blueprint bergabung dibawah 5 Penjuru iaitu Votafogo, Mercury, OPT, BGTV & Spectre untuk membuat amal jariah ini bagi disalurkan kepada :

1) Anjung Kembara, Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur

2) Pusat Jagaan Siti Nor Aini Kajang

Setiap derma yang diterima, kami akan agihkan dan salurkan 100% kepada mereka diatas. Terima kasih diatas derma yang hendak dilakukan, semoga Tuhan rahmati amal kebaikan kalian.